CAHAYA, WARNA & PENGLIHATAN

1. Pembentukan Imej oleh Cermin Satah(Plane Mirror) & Kanta(Lens)

  • Cermin satah, kanta cembung(convex lens) & kanta cekung(concave lens)
(GAMBAR)


  • Sinar cahaya selari yg melalui kanta
(GAMBAR)

     Semua cahaya yg selari bila melalui kanta akan terbias. Lepas terbias, semua cahaya akan bertemu pada satu titik, kita panggil titik fokal(F). Pusat kanta tu kita panggil pusat optik(O). Jarak antara (O) & (F) kita panggil panjang fokus(f). Garis yg melalui (O) & (F) kita panggil paksi utama.
     Beza antara dua kanta tu, cembung ada satu (F) di setiap kawasan kanta. Manakala cengkung ada satu je (F).
  • Gambar rajah sinar
1. Cembung

(GAMBAR/set up experiment)

PENERANGAN

(GAMBAR/cara lukis anak panah)

2. Cengkung

(GAMBAR)

PENERANGAN

(GAMBAR/cara lukis anak panah)


2. Pembentukan Imej oleh Alatan Optik
  • Kamera Lubang Jarum
(GAMBAR)
  • Periskop
(GAMBAR)
  • Teleskop
(GAMBAR)
  • Mata manusia & kamera
(GAMBAR)

3. Penyebaran Cahaya

     Cahaya putih yg kita selalu nampak sebenarnya ada tujuk warna. 

"Macam mana warna putih dapat hasilkan 7 warna yg berbeza?"

     Kita boleh dgn membiaskan cahaya tersebut. Sebenarnya, warna2 tersebut ada kelajuan masing2. Bila cahaya terbias dgn satu medium, semua warna terpisah dek perbezaan kelajuan msg2 lalu menghasilkan 7 warna. Inilah penyebaran cahaya.

     Warna pelangi kalau nak senang.

(GAMBAR)

     Bila cahaya dah terbias menghasilkan 7 warna, kita boleh jadikan balik ia warna putih. Dgn letak satu prisma sebelah yg pertama. 7 warna akan terbias semula lalu hasilkan cahaya putih balik. Ini semua merupakan hasil kajian Sir Isaac Newton. 

"Kenapa ada 'Sir' ?"

     Sir tu gelaran dia dapat drpd permaisuri. Dia orang British. Kalau  kat Malaysia kira mcm pangkat Datuk, Datuk Sri etc.
  • Pembentukan Pelangi
     Siapa yg xtahu pelangi(rainbow) sila masuk tadika semula. Seingat cikgu, pelangi ni belajar masa tadika.

(GAMBAR)

     Konsep sama mcm penyebaran cahaya. Bila  cahaya matahari terbias dgn air hujan di udara, ia akan mengeluarkan 7 warna yg berlainan. Selalu, pelangi sekunder lagi besar tapi warna malap sikit. (biasalah, xde sape perfect).

4. Penyerakan Cahaya

     Kira mcm dia selerakkan warna ke merata tempat. Kalau penyebaran cahaya, ia sebarkan atau pisahkan tapi xseleraka. Masih cantik je tengok dlm bentuk jalur. Penyerakan ni habis dia berselerak. Ok,  cikgu beri 2 contoh. Kebiruan langit & kemerahan senja

(GAMBAR)

     Kebiruan langit. Bila cahaya lalui atomosfera bumi, cahaya terserak merata tempat sbb ada zarah2 gas yg halus2. Zarah2 tu halang cahaya dari bergerak terus. Semua warna terserak tapi warna biru plg banyak. Biru ada gelombang plg pendek. Bila terserak di atmosfera bumi, langit kelihatan biru berbanding warna lain.

(GAMBAR)

     Kemerahan senja. (Dah mcm novel romantik plak). Bila senja, cahaya perlu bergerak jauh berbanding biasa. Sebabkan perjalanan jauh, banyak cahaya dah terserak. Tinggal merah & jingga ja. Cahaya akan terserak bila terlanggar zarah2 gas di udara. Oleh itu, bila banyak zarah2 makin merah senja kita. Kalau udara tercemar, lagilah merah nya. Harap xsampai semerah darah.

5. Penambahan & Penolakan Cahaya Berwarna
  • Penambahan cahaya berwarna
     Dalam dunia ada banyak warna.Tapi warna paling asas ialah biru, merah & hijau. Kita panggil warna primer. Bila kita campur warna tersebut maka hasillah warna baru yg kita panggil warna sekunder.

Biru + Hijau = Sian (Cyan)
Biru + Merah = Magenta
Hijau + Merah = Kuning
Biru + Hijau + Merah = Putih

(Gambar warna)

  • Penolakan cahaya berwarna
     Penolakan berlaku apabila cahaya warna yg dah bercampur, pastu kita pisahkan ia. 

"Macam mana nak pisahkan?"

     Kita guna turas warna (colour filter). Ha, bukan selfie kite je yg boleh guna filter. Warna pon boleh guna filter. 

(Gambar turas warna)

     Bila kita guna turas berwarna primer, contohnya biru. Warna yg terlepas hanyalah biru sahaja. Warna lain telah diserap oleh turas tersebut. Begitu juga dgn turas lain.  Turas merah hanya melepaskan warna merah shj. Turas hijau pon hanya lepaskan hijau. Selain dari warna itu, turas tu dah serap.

(gambar turas warna sekunder)

     Kalau kita guna turas berwarna sekunder seperti magenta, hanya warna gabungan itu shj yg akan terlepas. Hanya warna merah dan biru shj akan terlepas. (Rujuk formula warna di atas). Kalau kita letak turas sian disebelahnya, maka hanya warna biru shj akan terlepas. Ini kerana sian terdiri drpd biru & hijau, bukan merah.



6. Penglihatan objek berwarna
  • Penolakan cahaya berwarna oleh objek berwarna
     Peningkan baca tajuknya. XD. Takpe. Slow2.

     Kita ambik contoh mudah. Daun. Ya, daun. Kenapa daun berwarna hijau? Pernah terfikir tak? Ingat lagi tak klorofil? Yg pigmen hijau dlm kloroplas. Sebenarnya, cahaya dari matahari yg menyinari daun akan ditapis oleh klorofil. 

     Semua cahaya akan diserap melainkan hijau. Cahaya hijau kan terpantul keluar. Jadi warna daun hijau yg korg nampak selama ni adalah cahaya hijau yg terpantul tadi. Anda paham?
  • Fungsi sel rod & kon
     Sel kon untuk waktu terang. Sel rod untuk waktu gelap.

"Kenapa macam tu?"

     Sel kon hanya berfungsi bila cahaya terang. Ia terdiri dpd tiga jenis sel. Setiap satu peka pada satu warna primer shj (biru, merah & hijau). Bila ada warna sekunder, contoh sian. Sel kon biru & hijau akan terangsang.

     Sel rod hanya berfungsi bila cahaya malap. Hanya peka pada warna kelabu. Jadi warna yg anda akan nampak macam hitam putih sikit. Sebab tu bila pada waktu malam, korg hanya nampak hitam putih. Sel kon xberfungsi & rod shj berfungsi.


7.Pencampuran Pigmen

  • Pencampuran pigmen & kesan tindakan cahaya terhadap pigmen
     Pigmen ini berbeza dari turas yg anda belajar kat atas tadi. 

(Gambar)

     Pigmen biru akan memantulkan biru (mestilah), ungu & hijau. 
     Pigmen kuning akan memantulkan kuning, merah, jingga & hijau.
     Pigmen hijau* akan memantulkan hijau shj.

*bila pigmen biru & kuning bercampur

     Warna yg hilang tu sebenarnya dah diserap.

  • Perbezaan antara pencampuran pigmen dengan penambahan cahaya berwarna
     Hasil drpd pencampuran pigmen adalah berbeza dgn apa yg kita belajar dari pencampuran warna cahaya. Beza kan gamba di bawah dgn yg atas tadi.

(gambar)

Biru + Kuning = Hijau
Biru + Merah = Ungu
Merah + Kuning = Jingga
Biru + Merah +  Kuning = Hitam


8. Kepentingan Warna dalam Kehidupan Seharian

  • Penggunaan warna dlm kehidupan seharian
     Siapa xsuka warna kan? Penting gak warna ni. Tengok lampu isyarat je dah tau. Rasa korg boleh pikir sendiri.
  • Kepentingan warna kepada hidupan
     Pernah dengar x kenapa serangga berwarna terang? Ini cara serangga itu untuk memberitahu kepada pemangsa bahawa dirinya tidak sedap. Pemangsa tak akan serangga tersebut. 

     Merak betina pon pilih pasangannya dgn kehebatan ekor pada si jantan. Lagi menarik ekor ia, lagi tinggi kebarangkaliannya dipilih. Ha, warna gak la yg memainkan peranan penting.

9. Menghargai penciptaan alatan optik yg memanfaatkan manusia
  • Penciptaan & sumbangannya
     Cikgu rasa org yg pakai cermin mata mesti syukur sangat sbb nampak dunia ini dgn HD. Org yg pakai spek  je ta nikmatnya mcm mana (sbb cikgu pon pakai spek gak). Yg xpakai tu, jangan lah gatal nak pakai ye. Sesungguhnya, kami sgt jealous dgn anda sbb xyh pakai. Huhuhu.

     Saintis guna ilmu optik untuk mengkaji bintang & angkasa nun di atas sana.










     









No comments:

Post a Comment

Tanya boleh, puji pon beli (suka dua2. huhu.)

Tenaga dan Perubahan Cuaca

Cahaya, Warna dan Penglihatan