Keturunan dan Variasi

JIRIM & BAHAN

JIRIM & BAHAN
 1. Perubahan Keadaan Jirim
  • Teori kinetik jirim
(GAMBAR)
  • Hubungan haba dan kinetik
(GAMBAR)
  • Perubahan keadaan jirim
(GAMBAR)


2. Struktur Atom

     Zarah (particle) benda asas bagi semua. Sel pon dari zarah. 

"Apa beza zarah dengan atom?"

     Analogi, kita ambil rumah. Rumah (baca : zarah) ialah asas bagi semua manusia (baca : jirim). Tapi ada pelbagai jenis rumah seperti rumah pondok, apartment dsb (baca : atom, molekul dsb). Yg paling kecil rumah pondok (baca : atom). Dari rumah pondok, baru dinaiktaraf menjadi apartment dan rumah yg lagi besar (baca : molekul). Dalam rumah pondok ada bahan binaan (baca : zarah subatom). Paham tak?
  • Struktur atom dan zarah subatom
     Zarah subatom terdiri daripada proton, elektron dan neutron. Neutron dan proton terletak pada teras atom. Elektron 'terbang' di keliling teras pada orbit tertentu dalam petala (shell).

(GAMBAR)

SCIENCE QUOTE

Be like proton and everyone will like you, even the neutral one (neutron). 
Don't be like electron, where nobody likes it, even its own kind . 
It flies outside the core, waiting to escape the community.


3. Nombor Proton dan Nombor Nukleon
  • Nombor proton dan nombor nukleon
     Kekadang tereja nombor tu jadi 'number'. Sbb dulu belajar sains dlm bi. Jadi, kalau ada typo paham2 jela.

     Nombor proton, jumlah proton dalam atom tu. Kalau atom tu neutral, kita simpul nombor proton sama dengan bilangan elektron. Kalau atom tu neutral dan ada 23 proton, maka ia ada 23 elektron.

     Nombor nukleon, jumlah proton dengan jumlah neutron. Kalau nombor proton ada 23 dan neutron ada 30, maka nombor nukleon ialah 53.

(GAMBAR)
  • Isotop
     Bila unsur sama tapi nombor nukleon berbeza. Contoh, karbon. Unsur yg sama tapi ada nombor nukleon berbeza seperti karbon-12, karbon-13 dan karbon 14. Yg paling stabil karbon-12. Kalau isotop tak stabil, ia akan jadi bahan radioaktif (baca bab tenaga nuklear).

(GAMBAR)


     4. Jadual Berkala

(GAMBAR)

     Jadual Berkala (Periodic Table) satu jadual yg susun semua unsur yg ada di bumi. Ini dipelopori oleh Dimitri Mendelev. Tahun 2016, saintis berjaya menemu 4 unsur yg baru sekaligus kemaskini jadual tu.

(GAMBAR)

  • Kumpulan dan kala
     Kat jadual Berkala tu bukan main susun suka hati je. Ada sebab kenapa unsur-unsur tu diletakkan kat situ.

     Turus menegak (vertival column). Baru tahu turus tu sbnarnya 'column'. lol. Setiap tu kita panggil kumpulan. Semua ada 18 turus menegak, jadi ada 18 kumpulan. Xde nama spesifik, kita panggil Kumpulan 1, Kumpulan 2 dsb (kalau ada nama pon bukan korang boleh ingat. huhu). Disusun dlm satu kumpulan bila petala terakhir (valence shell) ada elektron yg sama banyak.

     Setiap unsur yg ada dalam kumpulan yg sama mempunyai sifat kimia yg sama. Contoh, dalam kumpulan 1, semua unsur dlm kumpulan tu akan bertindak balas dgn air lalu membentuk asid. Begitu seterusnya.

     Turus melintang kita panggil kala (period). Semua ada 7 kala. Disusun dalam satu kala bila ada petala yg sama. Dalam Kala 1, semua unsur ada 1 petala. Begitu seterusnya.

     Jarang orang panggil unsur menggunakan kala, selalu guna kumpulan. Sebab unsur dalam satu kumpulan berkait rapat dari segi tindak  balas.

  • Logam, separuh logam dan bukan logam
(GAMBAR)
  • Kepentingan
     Bila semua unsur tersusun, mudah bagi saintis terutama ahli kimia nak buat  kajian. Banyak kajian pada hari ini, dulu dan akan datang bergantung pada jadual Berkala. (K tu je, malas nak tulis pepanjang, byk sebenarnya.)


5. Sifat Bahan
  • Atom, molekul dan ion
     Atom, zarah plg ringkas dan kecil dalam sesuatu unsur.
     Molekul, gabungan dua atau lebih atom secara kimia
     Ion, zarah yg bercas. Positif (+) atau negatif (-)

(GAMBAR)

  • Bahan yg wujud
(GAMBAR)

     Logam dan gas nadir (inert gas) wujud dalam bentuk atom. Bukan logam wujud dalam bentuk molekul. Dua bukan logam bertindak balas, akan membentuk molekul. Logam bertindak balas dgn bukan logam membentuk ion.

"Apa beza molekul unsur dan molekul sebatian?"

     Molekul unsur terdiri daripada satu jenis shj. Kalau molekul tu A, semua atom dlm unsur tu ialah atom A. Molekul sebatian terdiri dua atau  lebih jenis molekul. Kalau molekul tu B, atom dalam tu boleh jadi atom A, C mahupun D.
  • Sifat fizik bahan
(GAMBAR)

     Atom, dalam logam ada ikatan logam (metallic bond). Ikatan itu tersangatlah kuat sampai membuatkan logam mempunyai takat lebur dan didih tinggi. Malah, dalam suhu bilik ia masih pepejal. Ikatan logam membuatkan elektron dalam atom bebas bergerak. Ini juga membuatkan ia konduktor elektrik yg baik. 

     Molekul,  ada daya van der Waals (bukan ikatan tapi hanya sekadar daya yg menarik). Daya itu lemah membuatkan molekul mempunyai takat lebur dan  didih rendah. Molekul tidak boleh mengkonduk elektrik sebab xde zarah2 bercas.

     Ion, ada ikatan ionik.Ikatan itu tersangatlah kuat sampai ion mempunyai takat lebur dan didih yg tinggi. Malah, dalam suhu bilik ia masih dalam pepejal. Ion hanya mengkonduk elektrik dalam keadaan cecair. Ini kerana, terdapat ion-ion yg begerak bebas. Kalau dalam pepejal, ion tidak bergerak bebas tetapi tetap dalam satu posisi.


6. Logam dan Bukan Logam

     Logam              : besi (iron), kalsium, plumbum dsb.
     Bukan logam    : bromin, klorin, helium dsb
  • Sifat logam dan bukan logam
(Gambar)
  • Kegunaan
(GAMBAR)


7. Kaedah Penulenan Bahan
  • Sifat-sifat
      Bahan tulen ialah bahan yg bebas daripada bahan lain.Seperti air tulen (pure water). Dalam air tu xkan ada apa2 selain molekul air. Molekul air terdiri drpd atom hidrogen, atom oksigen. Itu jelah ada. Xkan ada klorin, potassium dsb.

  • Kaedah penulenan
     Boleh je kalu  korg nak tulenkan air kat rumah. Itupun kalau ada radasnya (apparatus). Boleh je guna benda lain, kalau korg kreatif la. Terdapat dua cara, penyulingan dan penghabluran.

     Penyulingan (distillation), kita guna proses ini bila nak asingkan cecair drpd larutan. Kira larutan tu ada dua atau lebih jenis cecair pastu kita nak satu je.

(GAMBAR)

     Penghabluran (crystallization), kita guna prose ini bila nak asingkan pepejal drpd larutan. Kira ada pepejal yg dah terlarut, pastu kita nak pepejal tu je.

(GAMBAR)

  • Pemilihan kaedah
     Ada banyak kaedah sbnarnya nak tulen sesuatu, tpi yg kita belajar dua dulu. (Yelah byk2 nnti sush pulak nak jawab exam). Nak pilij ada juga yg perlu diamnbil kira, seperti kepekatan dan sifat fizikal bahan2 dalam larutan tu. Selalu kita tulenkan garam, petroleum, air dsb.


8. Menghargai Kepelbagaian Sifat dan Keadaan Bahan

     Ya, kita kena hargai. Sebagaimana kepelbagaian kaum dan agama di negara kita. mcm itulah kita hargai. Cuma ni peringkat antarabangsa kot. Sebab semua negara ada benda nie.

No comments:

Post a Comment

Tanya boleh, puji pon beli (suka dua2. huhu.)

Tenaga dan Perubahan Cuaca

Cahaya, Warna dan Penglihatan